Akaun air kita sekarang masih menggunakan nama pemaju iaitu BILTRADEX SDN BHD. Sepatutnya kita perlu menukar nama akaun tersebut kepada JMB RPKR200 PUCHONG PERDANA... Apa yang menjadi masalah sekarang ialah dengan tunggakkan yang kita ada, kita tidak dapat berbuat demikian.. Kita perlu menyelesaikan kesemua baki tunggakkan yang ada terlebih dahulu...
Apabila ingin membuka akaun baru diatas nama JMB RPKR200 PUCHONG PERDANA untuk meter pukal, pihak SYABAS akan mengenakan wang deposit daripada pihak JMB dan dengan wang RM16,000.00 yang masih ada di pihak SYABAS itulah nanti kita akan gunakan sebagai bayaran deposit baru..
Jumlah deposit yang pihak SYABAS akan kenakan pada JMB belum dapat diberitahu kerana pihak SYABAS mahu pihak JMB menyelesaikan terlebih dahulu kesemua baki tunggakkan yang ada.. Kemungkinan besar jumlah bayaran deposit yang akan dikenakan kurang daripada RM16,000.00....