Tujuan utama blog komuniti ini diwujudkan oleh Pihak Pengurusan adalah sebagai satu medium atau wadah terbaik untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan dengan segala aktiviti persekitaran yang berlaku kepada semua ahli-ahli komuniti RPKR 200 Puchong Perdana.
Untuk makluman, Badan Pengurusan Bersama JMB RPKR 200 Puchong Perdana ini diuruskan sendiri oleh pemilik tanpa menggunakan khidmat 'Agen Pengurusan' dan bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan (unit rumah sebanyak 200 didua blok - Blok A dan Blok B) dan kawasan awam harta gunasama (Common Area & Common Property).
Matlamat badan ini ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, ianya lebih kepada memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik kepada penduduk dan memaklumkan betapa pentingnya pembayaran yuran bagi kerja-kerja penyelenggara bangunan & kawasan RPKR 200 Puchong Perdana mengikut AKTA 663 (Akta Bangunan & Harta Bersama).
Sehubungan itu, Pihak Pengurusan berharap dengan wujudnya blog komuniti ini, dapatlah mengeratkan lagi hubungan di antara Pihak Pengurusan dengan penduduk serta pemilik kediaman / premis di RPKR 200 Puchong Perdana. Insya-Allah, dari masa ke semasa blog komuniti ini akan dikemaskini untuk memberi informasi dan maklumat berguna kepada semua komuniti RPKR 200.
Kerjasama dan sokongan dari anda amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.
WebMaster
JMB RPKR200 - NAS