Aktiviti

LAWATAN KE PEJABAT BESAR PEMAJU
L.T SDN BHD
Pejabat Urusan Pemaju ( HQ )
Salah seorang kerani yang asyik tersenyum.. 

Jam 2.30 petang tadi, Ahli Jawatankuasa  terdiri dari Encik Selamat, Encik Yazli, Encik Yusrizal, Encik Baharin telah pergi ke pejabat besar LT Sdn. Bhd. untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pengambilalihan pengurusan blok dari pihak pemaju. Kami kerkedu sekejap bila masuk, sebab kerani yang bertugas kat dalam tu cantik-cantik belaka.. Terima kasih kepada staf-staf yang memberi layanan baik dan ramah ketika admin berurusan tadi.

Pengumuman akan kami update dalam blog ini setelah membuat perbincangan dengan semua AJK JMB nanti.. adiossss...




MESYUARAT
KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA JMB




Tidak tahulah apa yang perlu perkatakan lagi... Tiada ungkapan indah yang perlu dikeluarkan.. Hanya gambar pengganti bicara... Dua orang ahli jawatankuasa JMB terlantik sahaja yang hadir... Rasa kecewa jelas terbayang diwajah mereka... Mesyuarat yang sepatutnya diadakan terpaksa ditunda kerana kehadiran yang tidak relevan.. Sabarlah hati... 

Terima kasih banyak kepada saudara Yusrizal dan saudara Baharin yang sentiasa menunjukkan minat dan komitmen tinggi. Tidak lupa juga kepada pemerhati kita, Encik Harun Yaakob dan ketua blok B, Encik Hidzer serta saudara Asmawi yang sudi meluangkan masa datang  dan berbincang bersama-sama demi kesejahteraan dan kemajuan di RPKR 200 Puchong Perdana.



KERJA-KERJA PENYELANGGARAAN TANGKI UTAMA
( MAIN HALL ) TERSUMBAT




Kerja-kerja penyelanggaraan tangki utama yang tersumbat di blok B pada 31 Oktober 2012.. Banyak benda yang ditemui dalam tangki ini terutama tuala wanita... 

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa JMB, En. Yusrizal, En. Yazli dan juga En. Hidzer  ( ketua blok B ) yang telah berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah penduduk disini.