18 October 2012

Peti Surat Dan SPAM

Selalunya kita dengar atau baca perkataan SPAM di email, facebook atau apa-apa yang berkaitan. Jarang kita dengar SPAM ni ada dalam peti-peti surat rumah kita.

Cantik ke peti surat camni???
Bagi mereka yang tinggal di flat ataupun apartment, mereka akan banyak menerima SPAM didalam peti surat. SPAM yang admin maksudkan adalah katalog-katalog, name card, flyers-flyers produk barang dan yang paling banyak sekali dari kompeni pinjaman wang peribadi ( pinjaman along ).

Kadang-kadang bengang juga bila mahu mengambil surat atau bil-bil penting, kita terpaksa menyelam kedalam semak samun benda-benda yang langsung tiada kepentingan bagi diri kita. Rasanya bukan setakat menyumbangkan perasaan bengang, tapi perbuatan penyumbat SPAM ini juga menjadi penyumbang sampah sarap terbesar di kawasan rumah kita. Di sekitar peti surat bukanlah satu pemandangan yang pelik jika di lantai penuh dengan kertas-kertas hasil dari SPAM ini. Kadang-kadang di lantai-lantai penuh dengan warna warni yang menyakitkan mata memandang.

Bila sebelah pagi mak cik- mak cik cleaner membersihkannya, tengahari sampah sarap tu ada balik. 

Jika tinggal di flat atau apartment biasanya macam ni la peti surat yang selalu kita nampak. Si pengedar spam ni main sumbat jer iklan-iklan diorang sampai tak muat pun di sodoknya.. 
Pada admin SPAM dalam peti surat patut ada antiSPAM. Maksud antiSPAM adalah diri kita sendiri. Senang cerita kalau kita nampak penyumbat SPAM ni sibuk menyodok flyers-flyers atau name card mereka kedalam peti surat, usir sahaja mereka keluar kerana makin banyak SPAM dihantar, semakin banyak sampah sarap akan wujud ditempat kita. Kita berhak berbuat demikian kerana rumah dan kawasan kediaman merupakan tanggungjawab kita.

Sudahlah keadaan peti surat dimana-mana flat mahupun apartment teruk. Rasa-rasanya sarang burung merpati lagi cantik dari peti surat kita. Tapi jika dibaiki semula sekalipun, jika penyumbat-penyumbat SPAM tegar ini tidak dicegah, keadaannya tetap sama juga. 

Jika kita benar-benar ingin tempat kita sentiasa bersih, sama-samalah kita membentras gejala yang menyakitkan hati ini. Ingatlah, KEBERSIHAN DAN KEHARMONIAN tempat kita adalah tanggungjawab bersama.


1 comment:

  1. How to Win at Slots by Casino Site 2021
    Find out how to win at Slots by choegocasino Casino Site 2021 - Learn how to win at Slots by 바카라 Casino Site 2021. 메리트 카지노 Claim your welcome bonus now!

    ReplyDelete