6 November 2013

Sistem Pembekalan Air

Sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain adalah lebih kompleks berbanding sistem bekalan air ke rumah, rumah teres, banglo atau lain bangunan. Biasanya bangunan bertingkat simpanan air akan dibuat di tangki sedutan dan tangki simpanan.
Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan dalam pengagihan air ke bangunan bertingkat iaitu kaedah graviti dan juga kaedah pam. Kaedah-kaedah ini bergantung kepada tekanan air di sesuatu tempat.Jika tekanan air mencukupi air boleh disalurkan terus dari paip utama ke paip perkhidmatan selepas meter tanpa perlu proses pengepaman. 

Kaedah ini yang tidak memerlukan pam labih menjimatkan kos operasi dari segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan pam. Kaedah pembekalan terus dari salur utama ke paip perkhidmatan pengguna biasanya diaplikasikan pada bangunan empat tingkat. 

Bagi bangunan empat tingkat system pam biasanya tidak diperlukan bergantung kepada tekanan air.bagi bangunan empat tingkat meter individu akan dipasang pada aras bawah bangunan dan tangki dipasang diatas bumbung premis individu disetiap tingkat.

Tapi yang menjadi masalah adalah kesinambungan dari sistem yang direka untuk bangunan bertingkat di tempat kita. Kebiasaannya mana-mana apartment atau pangsapuri, pemaju akan membina rumah pam untuk bangunan berstatus ' Rumah Kos Sederhana'. Tujuan rumah pam yang dibina adalah untuk menampung simpanan air ditangki besar yang mencukupi untuk beberapa hari sekiranya bekalan air terputus secara tiba-tiba.

Jumlah caj air yang dikenakan keatas meter pukal ditempat kita ialah RM1.38/m3... berbanding dengan bangunan disebelah kita iaitu blok C,D,E,F dan G yang berstatus ' Rumah Kos Rendah ' hanya dikenakan caj sebanyak RM0.58/m3..

No comments:

Post a Comment