Untuk makluman, permohonan perlaksanaan program migrasi bagi RPKR200 Puchong Perdana telah pun dihantar kepada Seksyen Migrasi, Ibu Pejabat Syabas pada bulan Jun 2012 lalu.
Pada 6 September 2013 lalu, pihak Syabas telah memberi maklum balas melalui 'Taklimat Migrasi' yang telah diadakan pada jam 9.00 malam. Wakil daripada Syabas, Encik Irzan Mohammad dan Encik Zahid Mohd Ali dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan terperinci berkenaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu kepada penduduk yang hadir.
Selain itu, pihak Syabas juga telah menggariskan beberapa syarat kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan terlebih dahulu kerosakkan teknikal yang terdapat di blok A dan B sebelum memberikan kelulusan migrasi. Antara kerosakkan yang harus diperbaiki adalah seperti berikut :
1. Peti Surat - Pada 6 September 2013 lalu, pihak Syabas telah memberi maklum balas melalui 'Taklimat Migrasi' yang telah diadakan pada jam 9.00 malam. Wakil daripada Syabas, Encik Irzan Mohammad dan Encik Zahid Mohd Ali dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan terperinci berkenaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu kepada penduduk yang hadir.
Selain itu, pihak Syabas juga telah menggariskan beberapa syarat kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan terlebih dahulu kerosakkan teknikal yang terdapat di blok A dan B sebelum memberikan kelulusan migrasi. Antara kerosakkan yang harus diperbaiki adalah seperti berikut :
Peti surat yang tiada penutup hendaklah dibaiki dan mestilah berkeadaan baik dan
sempurna serta sentiasa tertutup walau tidak berkunci. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap bil caj Syabas sentiasa dapat diterima oleh semua pemilik permis.
2. Sistem Pernomboran 'Tagging'
Nombor unit hendaklah ditampal disemua meter air bagi memudahkan pihak Syabas
mengambil bacaan meter.
3. Halangan Meter
Kawasan meter air individu mestilah bersih dan tiada sebarang benda yang boleh
menghalang petugas Syabas untuk membuat kerja-kerja pemeriksaan serta boleh
menyebabkan gangguan untuk membaca meter.
4. Paip Berkarat
Mana-mana paip yang didapati berkarat serta bocor mestilah digantikan dengan kos
ditanggung oleh pihak pengurusan. Ini kerana pihak Syabas mahukan tiada sebarang
kerosakkan di bahagian mana-mana paip sebelum meter kerana ini akan menyebabkan
pihak pengurusan menanggung kerugian yang teruk selepas migrasi berjaya.
Perkara 1,2 dan 3 telah diusahakan oleh pihak pengurusan sedikit demi sedikit. Ini bermakna kerja-kerja seperti perkara 4 sahaja yang masih belum dilakukan. JMB telah mempelawa lima syarikat kontraktor berlesen untuk memberikan sebutharga bagi kerja-kerja penggantian paip yang berkarat dan bocor. Harga terendah yang diberikan oleh salah satu syarikat tersebut adalah sebanyak RM350.00.
Jika diperiksa, di blok B hampir kesemua pangkal paip di meter air individu mengalami kerosakkan dan harus ditukar. Kos untuk membaiki serta menukar paip tersebut dianggarkan berjumlah RM10,000.00!!!
Oleh yang demikian, selain dari masalah kutipan wang 'Ops RM200.00' yang belum mencukupi, pihak pengurusan juga terpaksa memikirkan cara dan mencari sumber untuk menampung kos penukaran paip tersebut.Kepada semua penduduk, pihak pengurusan merayu agar dapat bersabar dan dan memberikan kerjasama dalam usaha menyelesaikan masalah di tempat kita.
Kenyataan yang harus kita terima pangsapuri yang kita diami sekarang sudah berusia hampir 25 tahun. Jadi banyak kerosakkan yang harus ditanggung oleh kita sedangkan pihak pemaju mengambil sikap lepas tangan.. Bila didesak mereka sering memberi alasan tidak mempunyai dana kerana penduduk enggan menjelaskan tunggakkan hutang yang melebihi RM200,000.00.
Namun harus diingat, walau banyak mana sekalipun tunggakkan hutang penduduk, akhirnya pemaju juga yang untung kerana hutang tersebut memang wajib dibayar kepada mereka.. Kita juga yang merana...
NAS
No comments:
Post a Comment