Cerita sebenar...
Sejak kita mengambilalih pengurusan air dari pemaju pada bulan Oktober 2011 lalu, terdapat 82 unit meter rosak di kedua-dua blok.. Setiap meter yang rosak pihak pemaju hanya mengenakan caj semasa sebanyak RM6.00 sebulan.. jika dikira,
Kita telah beberapa kali mendesak pemaju agar menukar meter yang rosak, tetapi mereka enggan kerana ketika itu mereka mendakwa hutang penduduk telah mencecah hampir RM200,000.00..
Kami pernah bercadang untuk menukar sendiri meter individu yang rosak, tetapi tidak dibenarkan selagi akaun air kita dibawah nama pemaju...
Untuk cuba menyelesaikan masalah, ahli jawatankuasa bertindak ketika itu telah berbincang untuk menaikan caj meter rosak mengikut sistem 'Bahagi Rata' -
(Jumlah bil semasa SYABAS ditolak dengan bil dari bacaan 102 unit meter elok kemudian bakinya dibahagi kepada 82 unit meter rosak)...
contoh ketika tindakkan kali pertama:
Jumlah bil Semasa Syabas - RM5,311.08 sebulan
( waktu itu bil dikira selama 13 hari - selepas penyambungan semula)
Jumlah bil dari bacaan unit meter elok ( 102 unit ) - RM3,570.00 sebulan
RM5,311.08 - RM3,570.00 = RM1,741.00
RM1741.08 -:- 82 unit meter rosak = RM17.94 setiap unit meter rosak
Apabila edaran bil dibuat, setiap unit meter rosak kita telah mengenakan caj dari RM6.00 kepada RM17.94 sebulan.. Hasilnya ramai penduduk yang mempunyai meter air rosak membantah dengan kenaikkan harga baru ketika iitu...
Pihak pemaju juga telah menghalang dan tidak membenarkan kita menaikkan caj bayaran meter rosak sesuka hati kerana akaun kita di SYABAS masih dibawah nama mereka.
Akhirnya jumlah caj meter air yang rosak kekal RM17.94 seunit sehingga kini.. Dan apa yang menjadi masalah selepas itu, jumlah bil semasa yang dikeluarkan oleh syabas pada setiap bulan secara purata adalah sebanyak RM6,800.00..
Bila dikira dan diperincikan seperti ini :
Jumlah bil dari bacaan meter elok - { 102 unit ) - RM3,258.92 sebulan
( dikira secara purata - RM31.95 setiap satu unit )
Jumlah bil dari unit meter rosak - ( 82 unit) - RM1,741.08 sebulan
( di caj sebanyak - RM17.94 )
Jumlah bil Semasa Syabas (purata) - RM6,800 sebulan
meter elok + meter rosak == RM3,258.92 + RM1741.08 = RM5,000.00
bil semasa dari syabas - bil dari meter individu - RM6,800 - RM5,000.00
= RM1,800
Kita telah kerugian sebanyak RM1,800.00 pada setiap bulan. dan jika dikira selama 12 bulan - RM1,800.00 X 12 bulan = RM21,600
Kita sebenarnya telah kerugian sebanyak RM21,600.00 SETAHUN!!!!!!! Inilah hakikat sebenar kenapa tunggakkan bil air kita sentiasa meningkat dan terus meningkat..
No comments:
Post a Comment