6 November 2013

'OPS RM200'

Kutipan OPERASI RM200 belum mencapai sasaran... Sekitar 60% sahaja daripada keseluruhan penduduk yang membuat bayaran... macam2 cerita yang admin dengar berkenanan bayaran tersebut ( sila rujuk laporan kutipan yang disertakan )...

Untuk pengetahuan semua, sebelum pihak JMB melakukan OPERASI RM200 ini, tunggakkan bil air kita dengan pihak SYABAS adalah sebanyak lebih kurang RM42,340.00 (JULAI 2013)..
Tujuan kutipan tersebut adalah untuk membayar semua tunggakkan yang ada sekaligus membuat migrasi meter seperti yang dijanjikan oleh pihak JMB dari awal lagi... Secara kasarnya cukup mudah sahaja jika semua penduduk memberikan kerjasama dalam usaha penukaran meter pukal kepada meter individu ini... contohnya jika keseluruhan duit dapat dikutip :
  • JUMLAH KESELURUHAN UNIT - 200 UNIT RUMAH
  • JUMLAH UNIT TIADA PENGHUNI - 8 UNIT
  • JUMLAH KESELURUHAN YANG PERLU BUAT BAYARAN - 192 UNIT
  • JUMLAH KUTIPAN KESELURUHAN - 180 UNIT X RM200 = RM38,400.00
  • JUMLAH TUNGGAKKAN BIL KETIKA ITU - RM42,340.00
  • BAKI HUTANG SEPATUTNYA SELEPAS BAYARAN - RM42,00.00 - RM38,000.00                                                                                                      = RM3940.00
Tapi yang menyedihkan dalam usaha membuat kutipan, terdapat bermacam rungutan dan masa terus berjalan sehingga jumlah tunggakkan bil sehingga kini telah meningkat kepada RM50,800.00... sepatutnya semua penduduk sedar bahawa kita perlu segera menyelesaikan masalah air ini.. kenapa jadi begini? 

Sepanjang dari bulan Ogos 2013, jumlah kutipan bil semasa dari semua penduduk hanya berjaya dikutip sebanyak RM4500.00 sahaja.. Sedangkan purata bil yang dikenakan oleh SYABAS kepada kita adalah lebih kurang sebanyak RM6200.00 hingga RM6600.00 pada setiap bulan.. siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Ada sesetengah rakan-rakan menyarankan supaya buat pemotongan di meter individu... dan tidak kurang juga yang menyalahkan JMB kenapa tidak selesai lagi masalah air ini sehinggakan berlaku perselisihan paham antara masyarakat India dengan pihak JMB.. Dalam konsep hidup berjiran sekarang, perlukah tindakkan tersebut diambil? 

Berbalik kepada jumlah kutipan tadi, pihak JMB menegaskan tidak akan membuat sebarang bayaran kepada pihak SYABAS selagi tidak mendapat kutipan yang mencukupi... pihak JMB tidak mahu terjadi seperti dahulu dimana pernah membuat kutipan sebanyak RM100 dari setiap unit dan hasilnya pihak JMB telah berjaya menurunkan jumlah tunggakkan dari RM56,000.00 kepaada RM17,000.00... tapi ketika itu hanya 65% sahaja yang membuat bayaran... 

Admin amat berharap kepada semua penduduk agar dapat memberikan kerjasama kepada pihak JMB untuk menyelesaikan maasalah air di tempat kita... dan kepada anda semua yang tinggal di blok A dan B mempunyai rakan fb, jemputlah rakan anda untuk menyertai kumpulan JMB RPKR200 ini bagi memudahkan pihak JMB menyampaikan maklumat dan info semasa kepada semua... Kumpulan ini hanya dihadkan kepada mereka yang tinggal di blok A dan B sahaja..