8 November 2013

Kerja Baik Pulih Harta Bersama

Untuk makluman, permohonan perlaksanaan program migrasi bagi RPKR200 Puchong Perdana telah pun dihantar kepada Seksyen Migrasi, Ibu Pejabat Syabas pada bulan Jun 2012 lalu. 

Pada 6 September 2013 lalu, pihak Syabas telah memberi maklum balas melalui 'Taklimat Migrasi' yang telah diadakan pada jam 9.00 malam. Wakil daripada Syabas, Encik Irzan Mohammad dan Encik Zahid Mohd Ali dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan terperinci berkenaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu kepada penduduk yang hadir.

Selain itu, pihak Syabas juga telah menggariskan beberapa syarat kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan terlebih dahulu kerosakkan teknikal yang terdapat di blok A dan B sebelum memberikan kelulusan migrasi. Antara kerosakkan yang harus diperbaiki adalah seperti berikut :
1.  Peti Surat - 
     Peti surat yang tiada penutup hendaklah dibaiki dan mestilah berkeadaan baik dan

     sempurna serta sentiasa tertutup walau tidak berkunci. Tujuannya adalah untuk memastikan      setiap bil caj Syabas sentiasa dapat diterima oleh semua pemilik permis.

7 November 2013

Migrasi Akaun Air Meter Pukal Kepada Akaun Air Meter Individu

Pengebilan caj air bagi perumahan berstrata seperti rumah pangsa, pangsapuri dan kondomium biasanya dibuat berdasarkan meter pukal kepada skim perumahan tersebut, manakala pihak pengurusan / pemaju akan mengecajkan setiap unit rumah mengikut bacaan meter individu dan kadar yang dikenakan adalah mengikut kadar harga pukal tersebut atau mengambil kira caj untuk penggunaan air bagi harta bersama (seperti rumah sampah, dewan dll.).

6 November 2013

Mengapa Tunggakkan Bil Air Kita Terus Meningkat


Cerita sebenar...

Sejak kita mengambilalih pengurusan air dari pemaju pada bulan Oktober 2011 lalu, terdapat 82 unit meter rosak di kedua-dua blok.. Setiap meter yang rosak pihak pemaju hanya mengenakan caj semasa sebanyak RM6.00 sebulan.. jika dikira, 

82 unit meter rosak X RM6.00 = RM492.00 sebulan...

Sistem Pembekalan Air

Sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain adalah lebih kompleks berbanding sistem bekalan air ke rumah, rumah teres, banglo atau lain bangunan. Biasanya bangunan bertingkat simpanan air akan dibuat di tangki sedutan dan tangki simpanan.

Deposit Air Pemaju

Semasa pemaju membuka akaun air SYABAS dahulu, mereka telah mengenakan bayaran daripada semua penduduk.. Jumlah deposit yang telah dikenakan oleh pihak SYABAS ketika itu adalah sebanyak RM16,000.00.. Ini bermakna duit tersebut adalah milik penduduk JMB RPKR200.. 

'OPS RM200'

Kutipan OPERASI RM200 belum mencapai sasaran... Sekitar 60% sahaja daripada keseluruhan penduduk yang membuat bayaran... macam2 cerita yang admin dengar berkenanan bayaran tersebut ( sila rujuk laporan kutipan yang disertakan )...

Untuk pengetahuan semua, sebelum pihak JMB melakukan OPERASI RM200 ini, tunggakkan bil air kita dengan pihak SYABAS adalah sebanyak lebih kurang RM42,340.00 (JULAI 2013)..

Kerja-Kerja Baikpulih Peti Surat

Klik gambar