21 October 2012

Jangan Parking Ikut Suka Beb...

Alahaiiiii...Abang lori nii...

Lebih kurang jam 3.10 pagi...

Sila ambil perhatian!! Kepada sesiapa yang kenal dengan driver lori ni, tolonglah pesan jangan parking ikut suka abah dia... Bayangkanlah jika berlaku kecemasan.. Contoh kalau ada orang nak bersalin ke, ada kes sakit tenat ke atau apa-apa aje.. kan menyusahkan namanya tu..

Cerita admin ( untuk renungan ):

Dulu aku pernah kena sekali, kat parking bertingkat rumah aku. aku parking bukan main elok lagi.... esok pagi nak pergi kerja, ada lori dah block kat depan keta aku, punya la besar... cam lori dalam gambar kat atas tu la...ok la...aku cuba tenangkan hati... aku start dan panaskan engin kereta.. Lepas tu aku cubalah tolak lori tu, aduhhh... beratnya.. Langsung tak bergerak. apa lagi... hangin la aku.. dah le aku kena pergi kerja awal, jam 6.30 pagi dah keluar rumah.. Ikutkan hati mau je aku langgar lori tu..tapi nanti aku jugak yang susah..kereta jahanam dah kompom..

Akhirnya aku keluarkan kertas, aku tulis besar-besar, " HOII!! TAKDE OTAK KE? KALAU NAK PARKING LORI JANGANLAH HALANG KERETA ORANG!! KO INGAT TEMPAT NI MAK ABAH KO PUNYA KE??"..kuang..kuang..kuang...

Nasib baik la aku ada kereta sebuah lagi.. apa lagi aku pun pergi kerja naik kereta tu dengan hati yang cukup bengang..

Seminggu lepas tu kena sekali lagi.. lori yang sama gak block kereta aku... wahhh..ini macam nak mencabar kewarasan aku (fikir aku dalam hati)... jaga ko abang lori.. aku akan tunggu sampai dia muncul.. tunggu punya tunggu dia tak muncul-muncul.. aku tengok jam dah jam 8.30 pagi, dalam hati lewatlah kau masuk office hari ni..nasib baik la kereta yang parking sebelah aku tu keluar lepas tu, apa lagi.. aku gerak kedepan, kebelakang, kedepan, kebelakang.. kedepan lagi..pastu kebelakang sampai la aku boleh keluar.. lepas dapat keluar aku berhenti dan keluar kereta, bukak bonet aku capai batang golf.. apa lagi, angin pasang aku pun sampai... berderai cermin depan lori tu aku hentak dengan batang golf.. puas hati aku.. masuk kereta aku pun terus blah pergi kerja..

Lepas peristiwa tu, aku tunggu gak kot-kot abang lori tu datang cari aku atau abang polis datang nak tangkap aku.. tapi sehingga aku pindah, senyap je.. lori tu pun aku tak pernah nampak batang hidung dia lagi... padan muka ko abang lori.. buat lagi.. nak tunjuk samseng konon.. wakakakaka...

MORAL : Jangan suka parking kenderaan anda sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain..