Hasil perbincangan tidak rasmi antara admin dengan wakil pihak pemaju semalam, pada dasarnya mereka amat bersetuju sekiranya pihak Badan Pengurusan Bersama RPKR200 Puchong Perdana mengambil alih pengurusan penyelanggaraan blok A dan B dari mereka pada bulan Januari 2013. Akan tetapi keputusan tersebut belum diputuskan sepenuhnya sehingga diadakan satu perbincangan khas antara kedua belah pihak dalam masa terdekat ini.
Admin difahamkan pihak LT Sdn Bhd, tiada dana yang mencukupi untuk diagihkan kepada JMB bagi memulakan proses pengambilalihan ini. Ini bermakna JMB terpaksa memulakan segalanya tanpa sebarang modal dan bermula dari '0' - ZERO!!!!!
Oleh yang demikian, admin telah merangka beberapa pelan cadangan bagi memastikan tidak akan berlaku sebarang masalah pengurusan selepas pihak LT Sdn Bhd menyerahkan tugas mentadbir kepada JMB dan menentukan kos penyelanggaraan kepada setiap penghuni.
Pelan cadangan ini akan diserahkan kepada setiausaha dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa JMB yang akan datang.
Antara beberapa pelan yang admin rangka untuk dibincangkan nanti adalah seperti berikut :
- Menyediakan Bil Penyelanggaraan Rasmi termasuk Resit Rasmi JMB RPKR200 Puchong Perdana.
- Proses bagi menentukan berapa bayaran kos penyelanggaraan patut dikenakan akan dibincangkan didalam mesyuarat tersebut.
- Proses kutipan bayaran penyelanggaraan yang pertama dijangka akan dibuat pada bulan Januari secara menyeluruh dan semua penghuni samada pemilik mahu pun penyewa diwajibkan membuat bayaran bagi memenuhi dana JMB. Kutipan akan dibuat melalui kaunter pungutan yang disediakan atau dari pintu ke pintu sekiranya ada penghuni yang enggan membuat bayaran.
- Segala bayaran yang dibuat oleh penduduk akan didiuruskan oleh bendahari dan akan disimpan kedalam akaun bersama yang akan diuruskan kelak.
- Mengadakan program gotong royong pada bulan pertama pengambilalihan pengurusan dan memastikan setiap penghuni rumah wajib menjaga kebersihan dikawasan luar koridor untuk menjimatkan kos penyelanggaraan (bulan pertama sahaja).
- Pejabat pengurusan akan dibuat dan telah dibincangkan secara tidak rasmi sesama ahli bagi memudahkan pihak JMB membuat urusan serta menyimpan segala dokumen penting.
- Mengadakan pelekat khas bagi semua kenderaan penghuni yang tinggal di kedua-dua blok dan mengenakan bayaran tertentu (akan dibincangkan dalam mesyuarat). Pelekat ini bertujuan membezakan antara kenderaan milik penghuni dengan kenderaan luar yang memakir dikawasan pakir blok A dan B disamping dapat menambah dana JMB.
- Menyewakan tiga lot parking di sebelah jalan besar blok A kepada pengusaha yang berminat untuk mengusahakan bengkel cucian kereta (Car Wash) dalam tempoh selama dua tahun.
- Undang-undang kecil (House Rules) akan diwujudkan dan admin akan 'update' dalam blog ini dimasa akan datang.
- Melantik beberapa syarikat tempatan untuk memberi perkhidmatan tertentu seperti kerja-kerja pembersihan sekitar blok, kawalan keselamatan, pengangkutan sampah basah dan kering serta penyelanggaraan eletrik.
- Melantik biro-biro dikalangan ahli jawatankuasa JMB bagi memudahkan segala pengurusan.
Harap maklum kepada semua, pelan cadangan ini hanya merupakan satu usul sahaja dan segala keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa JMB nanti...
adioossss..amigossss!!!